06 October 2015

~~ sedetik lebih~~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Patah Hati

Hatiku bagai di tusuk sembilu
kerana aku dapat merasakan sesuatu yang berlaku
di antara dia dan kamu
tapi apakan dayaku
aku hanya mampu diam membisu
walaupun aku dikuasai rasa cemburu

terfikir aku sejenak
adakah benar perasaan ini
ataupun Allah hanya ingin menguji
iman atau nafsu yang menguasai diri
Ya Allah mengapa Kau menguji aku sebegini
Mengapa dia yang berada dihati
persoalan yang jawapannya belum terpateri

andai anugerah cinta ini hanya sekadar menguji
aku lemah Ya Tuhanku
aku kalah dengan nafsu
aku tewas dan tersungkur di situ
Berikanlah nafas baru
untuk aku terus melangkah di jalan redhaMU....

Cinta yang diberi bukanlah untuk dimiliki
tetapi terimalah ia untuk sekadar diuji
betapa kuat atau lemahnya iman dihati......

cinta PEDAS & NESCAFE PANAS

tetiba teringat....mungkin sebab rindu kot..hee~ dapat ilham cinta Pedas & Nescafe panas ni masa tgk awk tu suka sangat makan pedas2 pastu minum nescafe panas.....kalau ikut kan, mmg sedap tp kalau kita amalkan berlebihan, tak elok untuk kesihatan badan..ye la..mn tak nye...pedas tu kalau makan byk2 nnt effect kat perut....nescafe pulak dgn bahaya cafein nye..adoi...awk tu mmg nak kena ketok pale sket..hehe..slalu awk yg ckp ayat ni kan..haha....seronok dan rindu bila imbas balik kenangan2 lalu.....mmg best sgt2....

bercakap bab imbas mengimbas....permulaannya adalah disebabkan falak kan? Falak yang menemukan kita...kadang2 terfikir jugak, kena kita semua lambat dipertemukan....mungkin ada hikmah sebaliknya.....

dan seminggu yang terakhir merupakan minggu yg sgt2 bermakna dalam hidup saya setakat ni....seronok sgt2..hehe....masa kita g makan satay kajang, sambut besday sy kat bagan lalang, pastu kita g jeram toi..masuk kampung..pastu kita g pesta buku...best sgt2...sbb kita sama.....SPORTING..hehe.....

dalam masa tu la kita banyak mengenali diri masing2....wlaupun saya tau saya xserapat dgn awk mcm kjaz, tp tu pun da cukup...kjaz dah mcm kakak wani sendiri...dan mungkin sama jgk dengan awk, dia...k.jaz tempat kita bercerita kan? beruntung ada kawan dan kakak macam k.jaz...mmg pendengar yang setia.....hehe...andai kjaz baca post ni..ketahuilah wani syg sgt2 kat k.jaz...hehe....walaupun wani mengenali kjaz lambat...kita mmg kenal tp wani rapat ngan kjaz pun lepas blk dr China kan? hehe

erm..rindunya semua.....awak.....kjaz dan dia...........plyn,dot dll...

tp dalam post kali ni saya nak crita tentang awk je...nape? hehe...sje...sbb awk ni unik!.. hik3..len dr yg len....itulah keistimewaan awk.....dia? saya xdapat kenali dia dgn lebih dekat sbb dia pun laen dr yg laen...tp laen dia smpai sy pun xberani nak cakap dgn dia tntg hal2 peribadi..hanya bercakap tentang hal kerja....hehe..biarla..sy xnak ckp pnjg....yg da berlalu tu biarkanlah berlalu kan..usah dikenang ag....

sambung cite sal awk.....

bagi mereka yg xkenal awk mesti diorang kata awk ni seorang yg pendiam,pemalu..sombong? urm mungkin ad sket kot..tp sebenarnya bkn sombong pun kan.....macam yg saya pernah ckp dlu...tp bile da knal awk..haaa..amek kau...mmg terbaik laa...rebutan ramai kot...haha...PUJAAN MALAYA..hik3.....

bila saya da kenal awk...mmg banyak yg benda baru yang saya blaja....tu br sekejap..kalu lama xtau laa..saya belaja pun sbb saya nak knal diri awk....jiwa awk penuh dengan seni....sangat berseni....awk bertuah sebab awk ada banyak bakat...bakat penulisan, seni suara dan mungkin bakat2 lain yang saya tak tau...

dan minat awk terhadap barang2 oldskool tu mmg terbaik...first time jumpe orang muda punya minat pd benda2 retro...andai arwah abah ada, boleh bwk sembang la ngan awk..abh dlu mmg minat benda2 lama...ada nilai dan kenangan tersendiri katanya....

yang paling best...kami da tertarik dengan lagu2 retro awk..hik3..memang layan laa..tp yang xheavy sgt laa..kalu retro btol tu amek masa la kot..hee~~ lagu yang paling best dalam byk2 lagu yang awk perkenalkan kat kitorang, lagu TERUKIR DI BINTANG paling best...lirik dan melody dia mmg terbaik..superb laa....

- TERUKIR DI BINTANG-

ika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

hee~~

banyak ag kalu nak diceritakan..tp yang lain tu biarlah menjadi rahsia diri....hanya setakat ni yang boleh dikongsi pendapat tentang diri awk....sbb ada orang lain ag yang lebih memahami diri awk....

semoga persahabatan saya dan awk kekal sampai bila-bila..tak kira la awk da keje ke, kawen ke apa ke....insyaALLAH kita akan sentiasa update erk..hehe...

saya mintak maaf andai selama saya bersahabat dengan awk, saya ada tersalah kata, perangai tak elok ke...entah..ikot la pape yang xkena..harap awk maafkan..insyaALLAH ada jodoh diantara kita, kita akan jumpe nnt....


Wallahu'alam

*suka tgk awk senyum..comel sgt..nak2 bile ada kerut2 kat tepi mata..hik2...xcaye cuba g tgk depan cermin skang....hahaha~

sahabat,kawan dan teman



''YA ALLAH,KURNIAKANLAH AKU SAHABAT SEJATI YANG MENJAGA AMANAHNYA DALAM BERSAHABAT"...

p/s: cemburu melihat mereka gembira bersama teman disekeliling...=(

kisah cinta Ali R.A dan Serikandi Fatimah Puteri Nabi

sekadar perkongsian utk teman2 sekalian...sedang wani membelek2, wani terbaca kisah ini..semoga kita dapat mengambil sedikit ibrah daripada kisah ini terutamanya utk mereka2 yang berada sm dengan situasi wani sekarang..hehe..

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
"YA ALLAH...SESUNGGUHNYA AKU MENAGIH CINTA MU UNTUK MENGISI KEKOSONGAN HATIKU......"

SYUKUR

assalamualaikum...

apa khabar sahabat2 wani? harapnya sihat....wani alhamdulillah setakat ni sihat walafiat...walaupun ada sket2 rasa xsedap badan,malas nak layan..hehe...bersyukur dengan nikmat sihat yang kita dapat..jgn terlalu leka..ALLAH boleh tarik bila2 masa je nikmat yang kita ada..jangan terlalu berlagak dengan nikmat kurniaan ALLAH..nnt bila masanya, ALLAH jua kita akan kembali.....

wani ingin berkongsi cerita hidup wani pada korang..alhamdulillah..masalah yang wani hadapi setakat ni dapat diselesaikan dengan pertemuan 4 mata dengan insan tersebut..dan amat bersyukur sebab respon positif yang wani dapat...maksudnya cara dia respon tu wani sangat respect..mungkin dia lebih pengalaman dari wani jd dia lebih tau....tp saya xkesah..apa yg penting dia dah tahu..ckup lah tu pada wani....saya sangat2 nak berterima kasih pada dia sebab dalam sy xdop pengalaman dia membalasnya dengan baik walaupun dia xbg kata putus..
dan apa yang penting sekarang....sy hanya bdoa dan teruskan bdoa...sekiranya ALLAH dah tentukan, insyaallah itulah yang terbaik untuk hambanya...........

wassalam

D.I.A


Assalamualaikum wbt...

salam semua..huhu.....malam ni agak tidak keruan..makin hari makin teringat kat dia....makin ingin di lupakan makin mengingati....YA ALLAH..hatiku benar2 teruji....nak je jumpe dia dan luahkan persaan yang sebenar..tp wani xde daya nak lakukan semua tu...xtau nak cite kan kat sape...rasa tertekan sgt2...perasaan yang mendatang betul menguji..

apakah perasaan ini betul atau tidak? atau hanya nafsu bercinta semata-mata...aah...aku mmg tak tahu cara nak handle perasaan macam ni..seandainya aku dapat mencintai ALLAH dan RASUL seperti aku mencintai dia.......itulah yang terbaik...mencintai ALLAH lebih dari segalanya...

'' YA ALLAH sekiranya dia adalah untukku, maka Kau tetapkanlah hubungan kami dengan ikatan yang sah, adapun sekiranya dia bukan milikku maka Kau tetapkanlah yang terbaik untukku...hanya pada Engkau sahaja tempat aku berserah".....

Seandainya si dia membaca ruang ini, ketahuilah...bahawa saya tidak mahu apa2 dari kamu...hanya untuk menjadi sahabat baik....kerana bagiku tiada istilah couple melainkan selepas ikatan yang sah iaitu PERNIKAHAN..........



Ya ALLAH sesungguhnya aku hanyalah insan sangat- sangat lemah....aku tidak boleh lari daripada fitrah ingin disayangi dan ingin menyayangi...hanya Engkau lah tempat aku berserah dan bertawakal.........