08 November 2017

PABILA HATI KOSONG

Saat aku menaip entri ini,  aku berada di Masjid Besi, Putrajaya.  Entah kenapa aku rasa nak menangis sepanjang hari ini.  Mungkin terasa penat yang amat sangat. Makan minum yang tak menentu sepanjang minggu ni.  Kerap sangat makan makanan yang tak berkhasiat.

Masa aku solat berjemaah tadi,  aku rasa sayu sangat.  Aku rasa sedih.  Rasa air mata mahu mengalir selaju-lajunya.  Tapi aku tahan perasaan itu.  Aku hanya mampu merintih di dalam hati. Malu untuk diperhatikan oleh orang sekeliling.

Betapa tenangnya berada di masjid ini.  Mendengar bacaan imam sayu sayu menusuk kalbu.  Betapa aku leka dengan dengan tugasan dunia.  Sudah lama kaki ini tidak berkunjung ke rumah Allah.  Sudah lama hati ini kosong tidak di isi dengan pengajian ilmu agama.  Allahuakbar!

Alhamdulillah Allah telah memberi 'teguran' kepada aku.  Dalam kesibukan dunia, tidak sepatutnya aku abaikan akhirat.  Hari ini, aku tersentak sendiri.  Terima kasih Ya Allah.

Aktiviti hari ini daripada pagi tadi aku menunggu giliran di pejabat pesuruhjaya sumpah.  Untuk minta tanda tangan bagi urusan Umrah.  Bagi mereka yang menunaikan umrah dengan mahram selain ayah sendiri,  maka perlu kepada surat izin daripada bapa sedara sebelah ayah.  Tapi disebabkan abah tak ada adik beradik lelaki,  jadi prosedurnya perlu ada letter of consent yang ditanda tangani oleh persuruhjaya sumpah. Huh! Rumit sungguh prosedurnya. 

Kemudian, aku jumpa sekejap rakan sepejabat lama kebetulan memang satu bangunan sahaja dengan pejabat sumpah tu.  Tengahari aku balik ke UPM selesaikan tugas tugas yang menimbun.

Jam 5.30 petang aku terus ke putrajaya untuk mengajar ngaji.  Geleng kejap kepala. 

Sekarang aku tengah tunggu azan isyak berkumandang,  dan solat.  Lepas ni baru aku balik. 

Dan esok bermula rutin yang sama. 


No comments:

Post a Comment