08 November 2017

INSTINCT

Haha.

Tajuk entah apa-apa. Lama sangat dah tinggalkan penulisan blog ni. Rasanya perlu di aktif kan balik untuk ingatan kepada sebarang peristiwa yang telah berlaku dalam hidup. Supaya jika aku tiada esok atau sudah tua, ada juga coretan cerita yang boleh di baca.

btw, untuk entri ini aku cuma ada sesuatu yang nak dikongsikan. Aku pun tak tahu la nak cakap macam mana. Tapi bendanya adalah lately ni aku perasan yang bila aku mula tertanya mengenai 'seseorang', then dia mesti akan datang.

Aku bagi contoh;

Kadang-kadang aku perasan seseorang ni tak aktif sehingga aku tertanya-tanya keadaan dia. Ada sekali itu aku perasan yang dia ni senyap je dan aku rasa macam something happen dengan dia. Tapi aku buat tak tahu je la sebab ye laa...aku bukan rapat pun dengan dia. Tapi rupa-rupanya naluri aku betul. Dia mengalami 'kemalangan' sikit.

Situasi kedua; perkara yang sama juga, aku rasakan yang dia tak aktif dalam dua tiga hari. Tapi aku tengok FB dan IG dia aktif, walaupun dia tak update apa-apa tapi aku stalk FB dia, dan dia reply komen kawan-kawan dia. Dia like semua post kawan-kawan dia yang juga kebetulan kawan-kawan aku. Tapi post aku dia tak pernah like. Tapi aku tahu dia baca segala yang aku post. hahaha. bila aku tetiba mula rasa yang rindu sikit, dia mesej! hahaha..aik, cane ko tahu nih? bukan sekali tapi dah dua kali. hihihihi...kuat juga instinct aku erkk.

Tapi tak ada masalah apa pun. Aku just nak cakap yang instinct apa yang aku rasa tu betul. Mesti aku ada super power kan? hahaha.

So, untuk aktiviti hari ini aku sangat penat. Awal pagi dah keluar rumah g JPN Putrajaya menguruskan surat beranak abang aku. Then ke UKM untuk buat kerja. Nak muntah kerja mengedit laporan sampai pukul 6. Then aku lapar, aku ajak qila g makan. So kitorang decide g makan dekat RMSY Naan Cheese. Tapi seriously, bagi aku tak sedap sangat roti dia..huhu. Then tumpang solat Maghrib dan Isyak dekat rumah qila. Sempat gak bergosip dua tiga cerita. Macam biasa..hahhaha

Aku ingat hari Jumaat ini nak buat brownies. Nak buat untuk Ami dan Geng RA UPM sado. Alang-alang aku buatkan jugak untuk Cikgu Add Math aku yang hebat, Zain. Mamat ni hantu brownies. So buat je la untuk dia satu. Tu pun kalau aku sempat.


okeh, dah ngantuk! kita sambung sembang lain kali ea.


byeee..

9 comments:

  1. Replies
    1. Hahahahaha... Mana boleh buat untuk awak. Awak kan diet

      Delete
    2. Hehehe..boleh. tak ada masalah pun kalau nak buat untuk awak. Nanti bila kita g hiking sama, saya buat untuk awak ea. Hihihi

      Delete
    3. yeay...tq awak..jomm hiking. haha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak komen apa sampai delete ni? Stalk saya ea

      Delete
    2. X la awak.saya xsedar ade 2 komen yg sama.

      Delete
    3. X la awak.saya xsedar ade 2 komen yg sama.

      Delete