08 February 2012

BERMULANYA KISAH K.I.T.A



Di dalam rumah bait Imtiyaz sunyi....tanpa sebarang kata-kata.....fikiran melayang jauh memikirkan sahabat-sahabat serta keluarga yang berada di Malaysia.....

' macam mn ni k.huda? kita nak g China tak?" tanya aku selepas mendapat mesej drpd pengarah program. Mesej yang memerlukan jawapan segera. Mesejnya berbunyi:

" Ustaz kata kalau korg nak g China, balik seminggu sebelum raya. "

tidak pula aku membalas mesej tersebut. Usai berbincang dengan k.huda, kami membuat keputusan utk menanyakan keluarga terdahulu. Lantas kami keluar menuju ke Cyber Cafe yang terdekat utk membuat panggilan telefon. Masih aku ingat waktu itu ketika bulan puasa di musim panas. Walaupun penat setelah seharian di jami' tapi untuk tidak merumitkan keadaaan, kami gagahkan juga.

Setelah berbincang, kami setuju untuk pulang awal ke Malaysia seminggu sebelum raya. Terus ku khabarkan kepada Pengarah program. Hajat dihati mahu merasai suasana raya di negara orang, tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi.
*****

Perjalanan ke matar ditemani abang sendiri serta ahli2 bait Imtiyaz. Sayu kaki melangkah masuk ke matar. 2bulan yang berlalu dirasakan bagai 2minggu. Terlalu banyak yang masih perlu dipelajari. Bumi Syria memang penuh dengan ilmu-ilmu serta tempat sejarah Islam terdahulu. Aku memasang azam untuk kembali semula ke bumi Syam. Mungkin tidak berseorangan. Angan ku jauh....

abg serta ahli bait hanya dapat menghantar di depan pintu masuk. berbeza dengan keadaan di Malaysia. jika di Malaysia, keluarga masih boleh bersama ketika barang di check in. tp di Syria kita perlu lakukannya sendiri.

dan di matar itulah berlaku kejadian yang memang tak disangka. Berat bagasi melebihi dari yang sepatutnya. ALLAHURABBI..kami tidak dibenarkan untuk check in dan kami disuruh untuk membayar USD 100 untuk menanggung lebihan bagasi walhal duit dalam poket ketika itu hanya USD 10. Panik!

tapi ALLAH itu maha mendengar....tangisan di mata kami telah membuatkan hati seorang pekerja lembut dan melepaskan untuk check in..Alhamdulillah..bersyukur tidak terkira..tidak sampai 10 minit kami check in, pintu untuk menaiki pesawat dibuka..alhamdulillah..kami sempat dan dapat pulang dengan selamat...perjalanan pulang ke Malaysia mengambil masa 2 hari. dari Syria kami akan transit di Lubnan selamat 12jam dan kemudian terus ke Malaysia..

Mata memandang sayu di luar tingkap pesawat..azam dihati pada ketika itu.." Syria, tunggu..InsyaALLAH aku akan kembali semula ke sini untuk menuntut ilmu...aku dan k.huda saling berpandangan..terimbau segala kenangan.......kini fikiran beralih ke Negera China....



pemandangan dimashq semasa mendaki Maqam Arbain



di Souq Srijeh mencari barang dapur..hehe..kat blakang tu jenis jeruk2 orang arab



pemandangan di Jami' Umawi..masjid bersejarah..terlalu banyak sejarah Islam di sini

antara sahabat kami di jami' fatah islami..3 beradik dari Turki


* bersambung

No comments:

Post a Comment